Sekali lagi, SMK(P)TI (iaitu sekolah saya) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke universiti yang tersohor (boleh ae...) di Johor iaitu UTHM atau nama lainnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal universiti ini, sila layari www.uthm.edu.my (Dan jangan lupa tengok iTV nya sekali)
Lawatan saya ni cuma ke perpustakaannya je~ Maklumlah, kalau nak tengok seluruh pelosok U ni, jangan kata seminggu, sebulan pun belum tentu dapat menghabiskan lawatannya....
 |
Selamat datang ke Perpustakaan UTHM JOHOR |
 |
Bahagian dalam perpustakaan yang dihiasi taman |
Masa sampai je ke perpustakaan ni, tanggapan pertama saya, "Wow! Besar giler ae!!!" BIG, HUGE, GIGANTIC!. (biasa ae tu) Kami pun sempat lagi bersarapan pagi kat situ. Ni bukan main2 tau! Ni betul2!! Kami makan bukan di kafeteria, tapi di PERPUSTAKAAN.....hebat tak?
Selepas itu, seperti kebiasaan dalam setiap rombongan sekolah, kami diberi taklimat oleh seorang 'kakitangan universiti' ni. (saya pun tak berapa faham sangat pasal jawatan yang ada kat U ni.....ada canselor ae, naib canselor ae, vice president ae.....pening~) Kami pada masa itu berada dalam bilik kuliah 1 yang terletak di tingkat bawah perpustakaan. Bilik kuliahnya luas gila! Boleh memuatkan lebih kurang 200 orang anggarannya. Hebatkan? Cuba bayangkan, dalam perpustakaan tu ada lebih kurang 20 bilik lagi yang macam tu, malah ntah2 lebih luas lagi. Mak aih, BESARNYA!!!
 |
Penceramah kami~ |
 |
Bahagian dalam Bilik Kuliah 1 |
 |
Ada satu scene ni, saya ingat dia nak tanya pasal sejarah (maklumlah Tun Hussein Onn)
Sejarah apa nak tau?
Sejarah diri sendiri rupanya macam....
Senah bt Kemat, Kemat b Basir, dan sebagainya~
Buat suspens je kan???
(ingatkan nak tanya pasal Tun Hussein Onn T_T) |
Kemudian barulah kami dibawa berjalan ke sekitar perpustakaan tersebut. Buat pengetahuan semua, perpustakaan ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk silinder. Dalamnya juga, terdapat terlalu banyak 'hidden camera @ CCTV' (boleh dikatakan setiap pelosok ada) dan juga berpuluh-puluh bilik yang disediakan untuk kegunaan siswa dan siswi seperti bilik persendirian, bilik belajar, bilik untuk siswazah yang membuat master, degree, ijazah etc. Semua kemudahan lengkap. Cakap je, awak nak print, printer ada kat sebelah; awak nak photostate, mesin pencetak ada kat ruang hadapan bilik; awak nak search internet, of course ae WiFi mesti ada; awak nak buat rujukan, buku2 kat situ melambak2 semuanya~ tinggal perlu klik kat websitenya untuk tahu buku tu kat mana @ dah ada orang sewa/tempah ke belum @ buku tu boleh dipinjam atau tak. (Mudahkan???) Nak stay sampai lewat malam pun boleh (takde masalah!>_<) sebab perpustakaan ni buka 24 JAM (kiranya hari2 dia buka ae....) Tapi, kenalah bagi tau pada pengawas perpustakawan atau pak guard dulu.....jangan suka2 bawa bantal pastu tido kat dalam tu. Karang pak guard nampak, dia fikir kau tu pencuri, hah, mampuih kau kena cekup! Alamat, ditahan pula pembelajaran kau kat situ....Baik2 3 tahun, jadi 5 tahun pula. Sadis~
 |
Inilah dia instructor bagi grup saya
(saya dalam grup ke-3) |
 |
"Mari, mari...saya akan bawa awak semua melawat ke seluruh perpustakaan ini" |
 |
Di sepanjang laluan kami dalam perpustakaan tu |
 |
Ini kemudahan untuk para student
Bagi meminjam dan menyemak pinjaman buku
Canggih~ |
 |
Dalam bilik bacaan kanak-kanak
Kat U ni, macam2 student ada....
Ada yang dah kahwin, duda, bujang, kahwin dua, ada anak kecil~
Kiranya semuanya ada ae!!! |
 |
NoNi, Fathiah dan Mardiah
(gelapkan???) |
 |
Saja nak tunjuk gimik, Nicole ni! |
 |
Noona, Eha dan Jaja |
 |
Miera dan Hanim |
 |
Jangan lupa bergambar kat papan kenyataan tau!
Information kena ada!!! |
 |
Cuba teka di mana tu? |
 |
Pemandangan dari dalam perpustakaan tersebut |
 |
Encik instructor ni tengah bagi penerangan sket pasal kemudahan yang ada kat situ |
 |
Kami sedang berlegar-legar |
 |
Encik instructor ni tengah tunjukkan
camne nak semak kedudukan buku-buku kat perpustakaan ni
melalui website UTHM |
 |
Masa tu, ada juga student yang tengok~ |
 |
Susunan meja dan kerusi yang sangat teratur.... |
 |
Komputer takde lagi dalam bilik ni
Belum tempah kut! |
 |
Sorry bang, ganggu ke???
Masa ni kat bilik belajar bagi siswazah peringkat Master |
 |
"Aku boleh hidup dalam library ni!!!"
Itulah tanggapan saya. |
 |
Sangat cantik, kemas dan selesa |
Memang seronok betullah lawatan hari tu. Boleh ae dibuat kenang-kenangan sebab tahun depan pun kita dah masuk ke alam persekolahan yang baru. Tahun depan merupakan tahun bermulanya kipas-susah-mati kita sebagai pelajar. (saya tak nak cakap pasal ni) Apapun, sebagai cenderahati, saya telah membeli satu topi UTHM ni dengan harga RM10 kat koperasinya. Ok ae tu~ Harap saya masih boleh mengikuti aktiviti seperti ini lagi di lain masa. Sekian.
aeca zin
0 comments:
Post a Comment