BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 1 November 2011

6 Baiduri, SK Bandar ~ Dalam Kenangan....

Selama ini kumencari-cari 
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci.

Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

           Selama ini, saya tercari-cari, siapakah gerangannya yang akan menjadi kawan karib @ teman sejati ini. Siapakah yang sanggup bersama saya ketika susah dan senang, tangis dan gembira, jatuh dan bangkit. Siapa? Siapa? Tidak mengapalah... Saya lebih suka berteman tapi mesra. Manusia zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Jadi, kalau kita ditinggalkan oleh kawan, jangan fikir diri kita dah takde sesapa lagi. Keluarga, saudara-mara malah jiran kita sendiri adalah RAKAN kita. Biarlah kawan itu pergi tapi yang pasti ramai lagi yang boleh menggantikannya...

Dengannya disisi 
Perjuangan ini senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu Teman
Ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala-galanya

            Kalau kita ada teman hendaklah kita menghargainya selalu. Jangan dilupakan jasa dan kenangan kita bersama mereka. Eeh, banyak songeh pula saya kali ni ye~ Apapun, pada hari Ahad bertarikh 30 Oktober 2011, buat kali keduanya, rakan2 saya dari SK Bandar telah berkumpul untuk membuat reunion 6 Baiduri. Buat pengetahuan semua, 6B ni merupakan kelas pertama dalam Darjah 6 di sekolah rendah saya dulu. Saya ni kira bijak jugalah kan...?
"Marilah kawan semua, belajar kita bersama,
Penuhkan ilmu di dada, kejayaan pasti menjelma"
Petikan Lagu Sekolah Kebangsaan Bandar, Batu Pahat 
           Alhamdulillah, dapat juga saya hadir ke majlis tu... Tapi yang pertama sekali, saya nak cerita sikit majlis reunion 6B yang kami adakan pada akhir semester pertama persekolahan. (cehhh, dah macam masuk U pulak!) Yang ni, kami buat di The Summit, Batu Pahat. Makan2 kat MK @ Makanan/Masakan Kampung. Masa tu, saya ingat lagi saya pesan chicken chop, jus strawberry, dan kek strawberry. Cakap je 'kampung', tapi western food pun ada....lepas itu, kami pergi main bowling seperti yang telah dirancangkan.... Saya? Saya pandai main ke? Hei, tengok tangan ae beb! Baru hari tu saya first experience pegang bola bowling. Punyalah berat. Tengok Shahlin Zulkifli main bowling cam senang, tapi rupanya, susah....asyik masuk 'longkang' saja~

Nadi Joe, Sheela dan Muni
Ramai juga yang hadir nih
Semua orang dah berubah gila2....
K-run, Nadi Joe, Hazirah, Syafika, Sheela dan Muni
Main bowling ye, cek kak semua???
Hakim, Hafiz, Wan, Raden, DG, Wazif dan Azri 
Kawan2 lelaki saya semua baik2 nih!
Tak sangka...walaupun pun dah 15, tapi tetap nak keluar sama2..
Best friends ae korang!!!
Masing2 ambil gambar nak buat kenangan
Hah, tu ae lanenye...saya dah lupa saya main yang mana satu
Bagus juga kita adakan reunion sekali-sekala kan???
Hazirah bukan main semangat lagi masa ni....
Dia kena lawan dengan Wazif, akhirnya Hazirah ae yang menang!!!
Suasana dalam ni pun boleh tahan juga ae....
Tak ramai orang~

             Pada akhir semester kedua pula (iaitu selepas PMR berakhir...minta2 ae dapat 8A), kami adakan reunion di The Batu Pahat Mall. Makan KFC pula kali ni. Saya habiskan duit RM50 (bersamaan half daripada harga belian yang sepatutnya) untuk belikan KFC buat rakan2 saya. Banyak tuh!!! Takpe ae....sekali-sekala saya belanja diorang. Tapi main bowling ni dah macam aktiviti wajib ae bagi kitorang semua. Kelas gitu!!!

Sedap bang makan KFC yang 50%nyer kena bayar guna duit saya???
Makan ae sebanyak-banyaknye ye~ Takper, I belanja you all....
Saya jadi tukang tengok score....
Score saya ae yang paling teruk sekali!
(The last place)
K-run, Hazirah, Aeca, Sheela, Hazimah, dan Muni
Suasana tempat bowling di BP Mall
Wazif dah kepenatan ae tu....boleh pula kau kalah dengan Rafi kali ni ye~
Muni, Faizah, Aeca, Sheela, Syafat, dan Nadi Joe
Dari diri : Syafat, Faizah, Syafika, Muni, Iza, Nadi, Sheela, Hazirah, Hazimah
Dari duduk : Rafi, Hakim, Wazif, DG, Nas, K-run
Best juga reunion dua kali setahun ni! Sayangnye, Azri tak dapat datang ae pula....
Takpe, lain kali kalau kita buat lagi, datang ae ye~
(kalau boleh, semua orang mesti datang!!! Rugi tak datang~)

         Saya berharap agar ikatan persahabatan kami ini akan kekal buat selama-lamanya. Kepada rakan2 yang lain yang tak dapat hadir/bersama kami pada hari tersebut, saya harap agar korang semua boleh pergi di lain masa. Yelah...bukan senang dapat berkumpul ni. Nak, nak, yang jauh2 tu... Terima kasih ae kepada korang yang sudi berkawan dengan saya. Jangan lupakan saya, ok??? 

KepadaMu Allah
Kupohon restu agar kita kekal bersatu
Kepadamu Teman
Teruskan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala-galanya
Itulah tanda kejujuran kita

aeca zin





0 comments: