BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 29 November 2011

Kulai, Johore

             Apabila dua insan telah bersetuju untuk disatukan, maka tangis, raung si Syaitan kedengaran. Manusia berasa gembira pada hari berbahagia itu, namun si dia berasa suram, sedih dan merana. Kita memberikan selamat, salam sayang buat mempelai tetapi si dia terus-menerus memberikan sumpah-seranahnya yang terhebat. Saya bermohon kepada Allah SWT, "Ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau lindungilah kedua-dua mempelai ini dari segala bahana yang dirancangkan oleh syaitan si durjana. Biarlah walau apapun yang menimpa atau mendatang, mereka tetap tabah menempuhnya hingga tamat hayat. Ya Allah, Kau letakkanlah takdir yang terbaik buat mereka, sisihkan mereka daripada azab, dan menaburkan benih-benih kebahgiaan dalam hidup mereka. Semoga kebahagiaan yang diingini oleh pasangan bahagia ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat"

Naza  ~LOVE~  Wali
           
               Saya ingin mengirimkan ucapan tahniah buat kakak sedara saya yang telah selamat melangsungkan Majlis Pertunangannya beberapa hari yang lalu. (maaflah, saya ni tak on-to-date ae) Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, saya dapat melihat suasana kekeluargaan yang sebenar. Hal ini kerana, seluruh ahli keluarga (sebelah bapa) telah hadir untuk membantu Mak Udanya yang baru pertama kali dapat menantu ni. Yelah, orang baru pertama kali dapat menantu, tau-taulah camne kan? Serabut~ Nasib baik Mak Long, Mak Andak, Mak Su dan Mak Sah ada. Kalau nak buat sorang, hmm, naya!

Watak utama pada hari ini ialah......Kak Jan kita~
Tengok! Abang Ijjat siap berbaring lagi tuh. Jangan main2. Ambik shot baeekkk punye!
Ahhh, kamera baru ke, Mil??? (Yelakan, baru beginner~)
Kena ambil gambar juga dengan pengantin
Penat ae....asyik sesi bergambar je....
Sandra dan Zura
Kecik2 dah pandai bergambar
aeca, Yan, Ain dan Kak Jan
Siap angkut bunga lagi tuh!!!
Semua orang dah nak balik pun, sibuk bergambar lagi....
Bergambar dengan keluarga menantu

               Sepupu-sepupu yang dah lama tak jumpa pun ada.....(maklumlah, masa raya, keluarga saya tinggal di kampung sebelah bapa sehari dua je, tapi kampung sebelah mak, fuhhh, berminggu-minggu! Jangan marah~) Saya sebenarnya seorang yang pendiam, atau secara detailnya, malas nak layan/bual dengan orang. Tapi sebab hari tu, ada ramai yang macam saya ni, so terpaksalah saya transformkan diri saya menjadi 'minah kecoh' kejap....penat tau! Demi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, saya, REDA jelah. (Nasib baik juga sepupu2 saya ni jenis orang yang carefree)

Saya tak ingat berapa banyak dulang hantarannya ae...
Buah anggur tu kan...dah ada orang ambil satu biji...
(tak kan perasan punya...diam2 sudah!)
Theme kali ini ialah sky blue. Untuk nikah, theme apa pula ye?
Ibu mentua sarungkan cincin pertunangan
Cantikkan cincin dia???

               Bestlah bagi Kak Jan kan??? Dah dapat pasangan seumur hidup. Hensem plak tu! Kak Jan pun apa kurangnya....orangnya baik, sopan-santun, pandai mengurus diri, dan yang paling penting rajin. Oklah tu~ Semua orang serba kekurangan apa. Macam saya, saya tak akan buat kerja yang tak menguntungkan diri sendiri. Hehehe.....kerja mesti nak untung, lorhhh! Wah, tapi kalau tengok pada Pak Udanya, perghh, gembira semacam. Maklumlah, first time. Mak Udanya pula, dah pening dah masa tu. (Tak dapat nak buat apa) Mak Udanya jadi tukang layan tetamu je. Kerja-kerja dapur, mak saya ae yang buat. Tapi ada gak ae yang nolong.

Acara merisik dijalankan oleh wakil keluarga menantu dari Perak dengan Pak Udanya
(Cuba teka yang mana satu Pak Uda kita?)
Theme kita blue, diorang purple
Adik-beradik ae tu!
Cuba teka kita kat mana???
Yeahhh! Aku dah bertunang~
              Saya? Saya buat apa??? Hah, kalau nak tau, saya ni tukang agih-agihkan juadah untuk para tetamu. Bersama-sama dengan Abang Ijjat, abang saya sendiri (Farhan), Abang Kamil, Kamal, Kak Ain dan Yan. Penat tau! Saya juga jadi photographer kejap dengan Abang Kamil. Tapi yang paling tak tahannya, saya kena duduk sebelah keluarga menantunya. Perghhh, macam2 soalan yang kena dijawab. Dah ae, kita ni bukannya tuan rumah (apatah lagi tuan punya badan), tak tahu menahu pula pasal hal-hal merisik ni......so senyum jelah sambil2 tu angguk2 sikit. Lepas tetamu balik je, sesi membasuh pula. Ni yang leceh ni. Biasalah, sapa yang suka kerja cuci2 ni? Leceh.... Nasib baik ae ada Kamal. Boleh tolong2 basuh pinggan mangkuk. Yang tak tahannya, Pak Andaknya boleh pula perli anak sendiri! Maklumlah, selalu anaknya si Kamal ni malas sikit bandingkan dengan abang dan kakaknya. Tehehe...sabar jelah ye Kamal~ Orang lain pun penat juga. Memang penat ae masa tu....balik rumah pun time tu juga, sebab nak kejarkan exam esok hari. So, kita tunggu jelah untuk Majlis Bersandingnya nanti....(lagi 6 bulan) Sekian.

aeca zin

0 comments: