Ya Allah, kami memohon kepada-Mu akan keselamatan dalam agama, kesihatan anggota badan, pertambahan dalam ilmu, keberkatan dalam rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan ampunan sesudah mati. Ya Allah, ringankanlah kami ketika sakratul maut, dan selamatkanlah kami daripada seksa api neraka, dan mendapat ampunan di hari perhitungan amal.
Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapat petunjuk, berikanlah kami rahmat dari sisi-Mu. Kerana sesungguhnya engkaulah yang Maha Pemurah.
Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.
Amin . . .
Alhamdulillah, keputusan PMR bagi tahun 2011 ini telah pun keluar pada 22 Disember/Khamis. Dan, of courselah, semua pelajar Tingkatan 3 begitu teruja hendak mengambilnya. Kebetulan pula, hujan turun renyai-renyai masa itu membawa rahmat dari Yang Maha Esa, sesungguhnya saya percaya yang titisan air itu membawa alamat yang baik kepada kami, pelajar SMK (P) Temenggung Ibrahim, Batu Pahat. Permulaan hari saya tidaklah begitu baik pada mulanya. Saya terpaksa bergegas ke sekolah gara-gara panggilan daripada seorang rakan saya yang memberitahu bahawa keputusan akan keluar tepat pukul 9. Aduhhh...sudahlah hati tak tenang, inikan pula disuruh segera. Haih, kalaulah masa itu boleh diputarkan semula!
 |
Yay! 8A in our hands. TIGS, Bolehhh! |
Dalam perjalanan, saya tertanya-tanya pada diri. Betul ke saya ini boleh mendapat cemerlang 8A? Apakah usaha yang saya lakukan selama ini mencukupi? Dengan siapa lagi saya berhutang? Kalau dapat 8A, tentu mak, bapa, abang, adik dan yang lain akan gembira....tapi....kalau sebaliknya? Siapa yang nak pujuk saya nanti? Apa keputusan yang akan saya ambil apabila saya mendapat semua yang sebaliknya? Pendam dalam hati? Tidak memikirkan tentangnya? atau mungkin....bunuh diri saja?
Semua itu hanyalah hanyalan saja semata-mata. Saya tahu, walau apa pun yang berlaku kita kena terima dengan hati yang terbuka. Tidak boleh salahkan takdir! Saya yakin, Tuhanku pastikan akan memberikan takdir yang terbaik untuk diriku.
 |
Sesi menyusun slip keputusan PMR |
 |
Suasana di dalam Dewan Seri |
Ah~ Saya teringat pula akan waktu dulu. (taklah lama sangat sebenarnya) Saya teringat akan susah payah saya berusaha sebelum PMR. Abang selalu cakap, kalau nak masuk MRSM ni kena buat yang terbaik dalam percubaan. "Ok!" saya balas. "Tengoklah....saya pun boleh buat!" Lepas tu bermulalah waktu saya berkipas-susah-mati! Waktu cikgu mengajar, saya betul-betul focus apa yang diajarkan. Siap salin nota lagi tu, jangan main-main! (Setiap butiran kata yang keluar dari bibir tulus cikgu itu saya tulis atas kertas A4. kelakarkan? Kawan di sebelah pun ketawakan saya~) Waktu malam pula, saya curi-curi baca buku, sampai tak tidur malam! Tapi masih segar bila nak ke sekolah esoknya...rahsianya? Lepas pukul 2 pagi tu, buatlah solat apa-apa. Macam saya, saya buat Solat Tahajjud, Solat sunat Hajat dan Solat Sunat Ta'at Hajat. Dan ditambah pula dengan bacaan sikit...hafazan pun ada, tapi surah yang 30 jelah. Kadang-kadang, saya pun berzanji juga....yelah terkenang zaman sekolah agama dulu~( sayakan wakil sekolah!) Masa jawab periksa, fuhhh! bukan main bersemangat lagi. Langsung tak pandang pun rakan-rakan yang buat study group, yang sibuk mengorek klu-klu soalan daripada cikgu. Masa tu, saya rasa betul-betul annoying ae dengan mereka. It's all because I'd set in my mind that I'll do the exam by my own will. Tup, tup, tup! Apa saya dapat? 7A je.... Hah, itulah yang dinamakan over confident! Nak menyesal pun dah takde guna dah~
 |
Yay! Yay! Dapat 8A!!! |
 |
Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 3 TIGS. Anda semua layak mendapat 8A. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan bimbang kita tengok result SPM nanti~ |
Kemudian, saya revise balik usaha saya. Kenapa orang lain boleh, walhal aku tak boleh? Aku rasa aku berusaha lebih daripada apa yang lain usahakan. Aku pun dah hafal setiap patah perkataan yang tercatat di dalam semua nota. Kenapa masih 7A yang aku dapat? Why? Why? Tell me WHY??? Dalam masa tu, saya termenung jelah...termenung memikirkan dilema yang melanda diri. Masya-Allah.... suatu hari, saya mendapat hidayah yang cukup bermakna. Ketika sedang duduk di dalam kelas yang riuh tanpa ada cikgu, sempat saya memerhatikan sekeliling. Riuh. Memang riuh. Dengan gelak ketawanya, chattingnya....saya rasa saya seorang je kut yang senyap kat situ. Tapi, riuh mereka bukan riuh yang sia-sia. riuh mereka semua berinformasi...semuanya tentang PMR nanti. Barulah saya sedar. Saya ni tak cukup interaksi dengan orang lain. Saya fikir, "kenapa nak libatkan orang lain pula walhal aku yang akan menentukan masa depan aku sendiri?!" Kenapalah saya boleh fikir sampai macam tu sekali! Orang lain pun berusaha juga, malah usaha kami hanya untuk satu iaitu 8A dalam PMR. Mudahkan? Kenapalah aku ni pentingkan diri sangat?! Sepatutnya kita kena saling membantu supaya TIGS boleh mencapai target PMR terbaik tahun ini. Ish....ish...ish....
 |
Bangga Pn. Remi. TIGS dah masuk sekolah kluster kecemerlangan, PMR score break the old damn record. Kiranya memang tahun2011 ni, tahun terbaik untuk TIGS |
Nasib baiklah Allah sayangkan hamba-Nya yang seorang ini. Kalau tak, apalah jadinya nanti.... Jadi, saya pun mengambil inisiatif diri. saya cuba bergaul dengan rakan-rakan yang saya rasa boleh membantu, tak pun saya yang membantunya. Saya cuba buat kerja secara berkumpulan. (cepat siap, dan idea yang dijana juga bernas) saya membetulkan semula jadual belajar saya yang 'tertekan'. (Maklumlah, baru beginner dah nak masuk expert) Jadual belajar saya untuk percubaan hari itu, perghhh!, kalau korang tengok pun mesti akan fikir, 'genius' mana yang buat semua tu? Yelah...dalam seminggu tu, ada 3 hari terang seluruhnya. (maknanya, saya takkan tidur malam untuk hari itu....belajar je sepanjang malam) Malam pula tidur pukul 8....bangun pukul2 pagi sebab nak solat, baca Al-Quran and then study~ Letih....Jadual untuk PMR pula, adalah sedikit renggang. Saya dah tak jadi 'burung hantu' lagi. Tidur kena cukup. Makan kena jaga. Pelajaran jangan sesekali tinggal. Tengok tv sikit-sikit bolehlah, jangan melampau. Interaksi dengan rakan dilebihkan. etc. etc. etc.
 |
"Terima kasih cikgu....sorrylah sebab saya tak dapat 8A"
"Tak mengapa, untuk SPM nanti jangan lupa buat yang terbaik. Tingkatkan azamdan usaha. Mudah-mudahan kamu berjaya" |
 |
En. Mahbob menyerahkan sijil kerja khursus bagi subjek Science kepada pelajar 3 Neptune |
Duduk di atas kerusi lagilah membuat saya rasa gabra nak ambil result ni. Ucapan Pn. Remi tu saya dengar betul-betul. Sebutir demi sebutir. Nada yang dikeluarkan juga saya kesan. Macam gembira saja. Petanda baik. TIGS memecah rekod tahun ini. Seramai 159 kurang satu yang yang mendapat 8A. Grade point pun naik. Kiranya, tahun ni tahun yang cemerlanglah bagi TIGS, sekolah kluster. Saya boleh melakar sengih kambing. "Ok, sekarang tibalah masanya untuk mengumumkan senarai nama pelajar yang mendapat straight A's dalam PMR 2011" Perghhh!!! Laju je darah mengalir ke seluruh kapilari. Angin seram sejuk kian menghantui. Debar. hampir luruh dada dibuatnya! (hanya Tuhan saja yang tahu~) Satu-satu nama dipanggil. Rabi, Iza, Hijrah, Syafat, Nadi, Hazirah, Asheela....semua dah dipanggil. Bila aku? Eeiii! Cepatlah. Jangan buat suspens pula!
 |
"The unexpected result!", Ainul says.
"Well, you deserves it. It is worth of your hardwork!" |
 |
Just forget 'bout the past, gain your courage
and see through your future 'cause you're still young! |
Alhamdulillah, ya Rabbi 'Alamiiiinnnn!!! 8A akhirnya dalam genggamanku! Gembira? Mestilah. usaha yang dilakukan selama ini berhasil. Walaupun pada mulanya, saya tidak berharap sangat. (yelah...masa half term exam cuma 7A, trial pun 7A...agak-agak, apa saya sangka ye?) saya bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat juga saya 8A. Lepas ni, bolehlah saya tukar doa pula. Doa saya kali ini adalah, "Ya Allah, Tuhan yang sentiasa bersamaku dunia akhirat, Tuhan yang memberikan hidayah dan petunjuk buat diriku, Tuhan yang sentiasa mendengar rintihan aku, Tuhan yang mengurniakan aku dengan segala nikmat baik dan kebahagiaan, Tuhan yang meletakkan takdir yang terbaik buat masa depanku, Tuhan yang aku sembah, Tuhan yang Maha Esa, berikanlah aku peluang untuk merasai pengalaman baru dalam hidupku. Engkau telah memberikanku pengalaman pahit sekolah, Engkau telah memberikanku pengalaman indah zaman remajaku. Keluarga, guru, rakan....semua itu aku ada kerana Engkau. Sesungguhnya manusia itu tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Begitu juga aku.
Ya Allah, aku mahukan sesuatu yang baru dalam hidup. Aku mahukan lebih pengalaman agar aku menjadi lebih matang. Aku mahukan lebih pemandangan agar fikiran aku menjadi luas. Aku mahu mencari ilmu yang berserakan di dunia. Izinkanlah aku, ya Allah. Aku berharap agar Engkau akan memakbulkan segala doaku, doaku untuk ke MRSM, doaku untuk ke Oxford, doaku untuk hadiah yang terbaik buat keluarga, dan juga doaku untuk kesejahteraan duniaku dan akhiratku kelak. Sesungguh-Nya hanya Engkaulah tempat aku menggantung doa dan harapan....kasihku, sayangku buat-Mu Tuhan yang aku sembah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang aku patuhi, keluarga yang aku sayangi, dan seluruh umat muslimin yang aku hormati.
Amin....amin...amin....ya rabbal A'lamin.....
aeca zin