Baru-baru ini, saya telah menyertai satu program sukan yang diajurkan oleh pihak sekolah TIGS. Sebelum tu, saya nak ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH! kepada warga sekolah tersebut kerana telah berjaya menjadikan sekolah itu sebagai sekolah kluster kecemerlangan pertama di Batu Pahat ni...Tahniah diucapkan~ (Nasib baik keputusan PMR hari tu terbaik dan memecah rekod yang dulu punya....so takde ae macam tersisih sangatkan??? Lagipun saya ni bukannya seorang yang aktif sangat)
Berbalik kepada program yang saya katakan tadi, ('katakan'??? tulis ae...) saya telah menyertai program kluster kecemerlangan golf. Ok....saya tahulah saya ni tak adalah nak aktif sangatkan, tapi yang 'menarik' hati saya untuk sertainya adalah apabila guru kata sekolah yang akan sponsor semua perbelanjaan tu nanti. Heiii, siapa yang tak nak? Saya tak pernah sentuh pun kayu golf sejak dilahirkan apatah lagi memegangnya. Ni guru dah suruh pegang....dah suruh main....so why should I reject it? Peluang hanya datang sekali~ Pernah tonton tak cerita 3 Idiots (ala....yang filem Bollywood tu) ada satu scene ni saya suka kata-kata yang diluahkan oleh watak utamanya kepada kawannya yang dua orang ni. Katanya, "Surat dah ada di dalam genggaman, teksi dah tunggu diluar bangunan, kalau aku terus naik teksi tu dan jumpa ayahku tentu hidup aku akan berlainan." So, apa yang saya nak tekankan di sini ialah KITA JANGAN SESEKALI MELEPASKAN PELUANG YANG ADA DI DEPAN MATA DENGAN MUDAHNYA. Mungkin saya akan terpilih untuk menjadi wakil TIGS dalam pertandingan golf nanti atau mungkin tidak. Semua tu hal kedua. Yang pasti, saya nakkan feel bila kita pegang, main permainan golf ni. "Apa aku kisah, aku terpilih atau tak?! Yang penting aku dapat main!"
Seperti kata Abang Shukri (salah seorang coach kami), golf bukan 'Game Orang Lupa Family'! Bukan....! Mandai-mandai je buat ungkapan sendiri~ Sebenarnya, kita boleh juga bawa famili turun padang sekali. Kita swing bola, famili tepuk tangan beri semangat. Tak happy ke macam tu? Apapun, kat Batu Pahat ni, padang golf yang kami pergi agak dekat rumah saya. Setapak dua dah boleh sampai dah~ Namanya, Bukit Banang Golf & Country Club. (kat Banang tuh!!! Bangga! Bangga...!)
Tuesday, 17 January 2012
Bukit Banang Golf and Country Club
Teruja sehhh bila menjejakkan kaki kat sana. Yelah, hari-hari lalu tapi tak pernah ada chance nak masuk....tu yang sedih tu~ Tapi, saya bersikap 'cool'. Takkan ae nak tunjukkan perangai 'budak kampung' kat situ pula?! Malu ae dengan orang yang ada kat sana. Coach kami namanya Encik Ali Rahman b Ali. (saya harap namanya betul~) Ok...ok...mungkin korang lebih kenal dengan player golf TIGS kita, Ardilla Ali Rahman ataupun Kak DD. Kalau tengok Kak DD main, memang tak boleh nak tipu ae....PRO!!! Dia swing bola sikit punya jauh! 300m kalau tak silap....tak pun lebih kut! Memang masa tu semua orang tercengang ae tengok bola Kak DD. Asyik fikir, "Bila bola tu nak jatuh ni??? Dah 3 minit berlalu..." Tokoh yang lain ada juga, macam Cindy Tan, Cindy Ter, etc. etc. Tapi saya pun ok gak apa??? Pukul bola hampir 50m...bangga ae bagi beginner macam saya~
Kira ok ae tu kan...saya boleh main. (for beginner it's ok~) Mungkin certain orang fikir, "eleh...! Setakat pukul bola jer, senang sangat ae kan?" Perghhhh! Senang? Senang korang cakap?! Susah ooo~ Bila kita dah swing kayu tu, badan, tangan kaki dan pinggang kita akan rasa sakit tau! Sebab tu kita kena buat senaman regangan sebelum memulakan permainan. Kalau tak...hmmm....sakit tu takkan hilang buat seribu tahun punya ae. Percaya ae saya! Selain tu, saya juga ada bantu juga ae junior main. Yelah...kadang-kadang senior main lebih-lebih sampai junior pun takde peluang nak cuba main. Malu-malu kucing ae katakan~ But, this is Golf! Dalam golf, kita yang menentukan sama ada kita betul-betul nak main atau tak. Kita pukul sendiri bola yang ada di depan mata. Kita pegang kayu tu dengan tangan sendiri. Kita buat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. (sokongan tu hal kedua ye~) Sebab, itulah GOLF. We're our own self. I am I! I do everything for myself~ Kena ingat tu...
Memang best ae main golf ni. Takde ae sampai kena kotorkan diri macam football, takde ae kena berlari sana berlari sini macam hockey dan takde ae kena lompat sana lompat sini macam netball. Golf is simple. Bola tu tak gerak pun. Cuma perlu hayunkan kayu...tup!...bola dah melayang~ (Itupun kalau ada focus yang tepat ae) Harap-harap saya dapat ae terpilih untuk menjadi salah seorang wakil TIGS untuk pertandingan golf nanti. Kalau saya jadi, mungkin saya takkan berhenti bermain. Ingat, 'I do everything for myself'. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.berjayaclubs.com/banang/ atau anda boleh straight away pergi ke Banang ye~
Posted by aeca zin at 03:48
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment