BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 26 January 2012

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

               Happy Chinese New Year 2012 buat rakan-rakanku yang berbangsa cina! Gong Xi Fa Cai!!! Saya juga nak ambil kesempatan nie untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang sorang ni bernama Tan Shu Qing (saya panggil die Shun saje....sorry ae, tapi nama awak tu susah nak disebut!) yang telah sudi memberikan saya sebiji buah oren. Malangnye, die bagi masa hari Jumaat (sebelum cuti) tapi saya memakannya pada hari Rabu masa cuti ni~ Masam betul! Kalau ae saya makan time-time tu juga, mesti maniskan? Sorry ae, saya lupe nak makan...sampai oren tu dah lima hari dok terperuk dalam beg~ Kemas-kemas beg baru jumpa....tehehe...

               Dan ada satu perkara yang saya tak berapa nak puas hati sangat! Dengarnye, pelajar cemerlang PMR 8 dan 7 As telah dijemput untuk menghadirkan diri ke satu majlis penganugerahan di Senggarang. (saya terlupa akan detailsnye~) Siap dapat RM 100 lagi tuh! Ni yang saya nak angin satu badan nih! Bab-bab duit ni, mana boleh tak berkira. Ishhhhh~ Tapi, nak buat macam mana kan??? Time tu pula famili saya pun dah pasang ura-ura nak pergi melancong. Haihhhh...melepas ae sudahhhhh. Selama ni tak pernah-pernah planning nak pergi melancong, tup! tup! hari tu boleh pula kan...? Tu yang saya sanggup tak pergi ambil anugerah tu! Nak melancong punya pasal!!!

Buat kali ke-duanya saya menjejakkan kaki ke pantai

                  Nak kata saya pergi Port Dickson...betul ae tu. Tapi bukan pantainya yang ada pasir putih...air laut hijau kebiruan tu...eh, bukan!!! Sebenarnye, saya pergi ke Pantai Teluk Kemang (dekat Port Dickson juga....). Nak kata pantai tu umpama 'paradise', tak juga ae.... Pasirnye, takde ae putih salju. Airnya? Perghhh! Masin gilerrrr. Bawa balik rumah buat garam kasar pun boleh! Dah tu takde ae bersih sangat. Habitat pun macam dah pupus je....Kalau menyelam pun, apa yang boleh dilihat? Pasir adalah! Hmmmm...tak menarik...tak menarik...
Mentari tengah terik masa tu, tu pasal ae gambar oren semacam je...
Ambil gambar pakai handphone memang macam tu!
Nampak shadow je ae....
Adip
                   Yang interestingnya bagi saya, bila nak masuk tu tak kene bayar pun. ("Pa, masuk ni tak kene bayar ke???" That was the first that I asked to my father) Well, semuanya best asalkan PERCUMA! (tehehe...my motto~) Lepas tu, kita boleh siap bawa dapur gas, pemanggang, khemah etc untuk memasak di sana. Macam-macam mak dengan mak tehnya masak kat sana. Panggang ikan siakap 2 ekor, masak steambot perisa tom yam, goreng potato wedges, sausages, and much more! Sedap makan-makan kat tepi laut nih. Makan sambil ditiup angin bayu~ Perghhhh! Cuba ae bayangkan?!

My mom tengah buat preparation nak bakar ikan siakap! Sedap nih!!!
Abang (tengah duduk di atas kerusi santai) pun ikut sekali nih!
                            Alang-alang nampak laut depan mata, saya pun apa lagi? Pergi berenang ae! Heeiiiii! Jangan salah sangka. Berenang-berenang pun, saya masih lagi menutup aurat tau. Aurat kena jaga, kan dalam Islam dah kata begitu? So, saya pun pakai ae swimming suit special untuk muslimah. Bila dikenangkan balik, saya dah macam orang profesional  dalam scuba diving...dan yang kelakarnya...rupa saya pun dah macam nangka busuk dah! Suitnya tutup seluruh anggota badan....(dari kepala sampai hujung kaki) Jadi bagi saya yang muslimah ni, takde ae segan sangat nak berenang kat tengah laut yang ada ramai bukan mahram tu. Tapi, yang sedihnya, ada juga para wanita melayu yang mengaku Islam sanggup mengenakan baju sekerat, berseluar pendek paras peha dan tidak bertudung. Haihhhh~ Apa nak jadi dengan korang ni? Tak tau ke sejak kebelakangan ni, hari asyik hujan je... Bumi ni sentiasa menitiskan air mata kerana korang ae yang tidak beradab terhadap Tuhannya. Our Mother Earth let us live inside her....but what do we do for her? We humiliate her in front of her Lord? The Lord that she cherish everyday...for the whole of her life time. Why is she crying? Have we ever thought that??? Why??? Guess, maybe, her life is going to end. Nope, how should we know that?! Only the Greatest knows all of these things. He creates them, remember? Well, the only thing we can do is change ourselves. Face yourselves in the mirror...look deep into it. What can you see? and don't forget to ask yourselves, "Is that me? Is that who am I suppose to be?" Ingatlah, sebelum kita komen orang lain, kita kenalah perbetulkan diri kita dulu...cakap biar serupa bikin!!!

Ada juga orang buat Family Day masa tu
Tengok! Ramai betul orang!
Kalau pergi Seremban, jangan lupa order  Tutti Frutti nih!
Sedap gile...ni aiskrim yogurt pelbagai perisa
Harga ikut berat yang diambil
                     Geez...apa ae saya ni. ilmu dan iman belum penuh di dada sudah pandai-pandai tabur dakwah kat orang. Sorry ae kepada sesiapa yang rasa hujah saya ni kurang 'sesuai', tapi I just write it with my heart. Saya cuma tulis luahan hati je...Jangan terasa pula~ (Kalau ada yang terasa tu, tak reti-reti lagi ke nak buat TAUBAT alang-alang kau tu dah TAU BUAT!) Apapun, spending time with family memang memberi kenangan yang indah buat saya. Saya dapat berenang bersama abang dan adik lelaki saya (saya sebenarnya bukan tau berenang pun~ Tenggelam timbul saja di tengah laut sana) dapat makan besar bersama keluarga yang jarang makan bersama. Memang best ae! So, saya rasa berbaloi juga ae walaupun saya tak dapat RM 100, tapi saya dapat SERIBU malah BERJUTA kenangan manis buat tatapan saya sendiri bila saya dah tua nanti. Sekian.

aeca zin

Tuesday, 17 January 2012

Bukit Banang Golf and Country Club

Baru-baru ini, saya telah menyertai satu program sukan yang diajurkan oleh pihak sekolah TIGS. Sebelum tu, saya nak ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH! kepada warga sekolah tersebut kerana telah berjaya menjadikan sekolah itu sebagai sekolah kluster kecemerlangan pertama di Batu Pahat ni...Tahniah diucapkan~ (Nasib baik keputusan PMR hari tu terbaik dan memecah rekod yang dulu punya....so takde ae macam tersisih sangatkan??? Lagipun saya ni bukannya seorang yang aktif  sangat)

Berbalik kepada program yang saya katakan tadi, ('katakan'??? tulis ae...) saya telah menyertai program kluster kecemerlangan golf. Ok....saya tahulah saya ni tak adalah nak aktif sangatkan, tapi yang 'menarik' hati saya untuk sertainya adalah apabila guru kata sekolah yang akan sponsor semua perbelanjaan tu nanti. Heiii, siapa yang tak nak? Saya tak pernah sentuh pun kayu golf sejak dilahirkan apatah lagi memegangnya. Ni guru dah suruh pegang....dah suruh main....so why should I reject it? Peluang hanya datang sekali~ Pernah tonton tak cerita 3 Idiots (ala....yang filem Bollywood tu) ada satu scene ni saya suka kata-kata yang diluahkan oleh watak utamanya kepada kawannya yang dua orang ni. Katanya, "Surat dah ada di dalam genggaman, teksi dah tunggu diluar bangunan, kalau aku terus naik teksi tu dan jumpa ayahku tentu hidup aku akan berlainan." So, apa yang saya nak tekankan di sini ialah KITA JANGAN SESEKALI MELEPASKAN PELUANG YANG ADA DI DEPAN MATA DENGAN MUDAHNYA. Mungkin saya akan terpilih untuk menjadi wakil TIGS dalam pertandingan golf nanti atau mungkin tidak. Semua tu hal kedua. Yang pasti, saya nakkan feel bila kita pegang, main permainan golf ni. "Apa aku kisah, aku terpilih atau tak?! Yang penting aku dapat main!"

Seperti kata Abang Shukri (salah seorang coach kami), golf bukan 'Game Orang Lupa Family'! Bukan....! Mandai-mandai je buat ungkapan sendiri~ Sebenarnya, kita boleh juga bawa famili turun padang sekali. Kita swing bola, famili tepuk tangan beri semangat. Tak happy ke macam tu? Apapun, kat Batu Pahat ni, padang golf yang kami pergi agak dekat rumah saya. Setapak dua dah boleh sampai dah~ Namanya, Bukit Banang Golf & Country Club. (kat Banang tuh!!! Bangga! Bangga...!)


Teruja sehhh bila menjejakkan kaki kat sana. Yelah, hari-hari lalu tapi tak pernah ada chance nak masuk....tu yang sedih tu~ Tapi, saya bersikap 'cool'. Takkan ae nak tunjukkan perangai 'budak kampung' kat situ pula?! Malu ae dengan orang yang ada kat sana. Coach kami namanya Encik Ali Rahman b Ali. (saya harap namanya betul~) Ok...ok...mungkin korang lebih kenal dengan player golf TIGS kita, Ardilla Ali Rahman ataupun Kak DD. Kalau tengok Kak DD main, memang tak boleh nak tipu ae....PRO!!! Dia swing bola sikit punya jauh! 300m kalau tak silap....tak pun lebih kut! Memang masa tu semua orang tercengang ae tengok bola Kak DD. Asyik fikir, "Bila bola tu nak jatuh ni??? Dah 3 minit berlalu..." Tokoh yang lain ada juga, macam Cindy Tan, Cindy Ter, etc. etc. Tapi saya pun ok gak apa??? Pukul bola hampir 50m...bangga ae bagi beginner macam saya~

Kira ok ae tu kan...saya boleh main. (for beginner it's ok~) Mungkin certain orang fikir, "eleh...! Setakat pukul bola jer, senang sangat ae kan?" Perghhhh! Senang? Senang korang cakap?! Susah ooo~ Bila kita dah swing kayu tu, badan, tangan kaki dan pinggang kita akan rasa sakit tau! Sebab tu kita kena buat senaman regangan sebelum memulakan permainan. Kalau tak...hmmm....sakit tu takkan hilang buat seribu tahun punya ae. Percaya ae saya! Selain tu, saya juga ada bantu juga ae junior main. Yelah...kadang-kadang senior main lebih-lebih sampai junior pun takde peluang nak cuba main. Malu-malu kucing ae katakan~ But, this is Golf! Dalam golf, kita yang menentukan sama ada kita betul-betul nak main atau tak. Kita pukul sendiri bola yang ada di depan mata. Kita pegang kayu tu dengan tangan sendiri. Kita buat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. (sokongan tu hal kedua ye~) Sebab, itulah GOLF. We're our own self. I am I! I do everything for myself~ Kena ingat tu...


Memang best ae main golf ni. Takde ae sampai kena kotorkan diri macam football, takde ae kena berlari sana berlari sini macam hockey dan takde ae kena lompat sana lompat sini macam netball. Golf is simple. Bola tu tak gerak pun. Cuma perlu hayunkan kayu...tup!...bola dah melayang~ (Itupun kalau ada focus yang tepat ae) Harap-harap saya dapat ae terpilih untuk menjadi salah seorang wakil TIGS untuk pertandingan golf nanti. Kalau saya jadi, mungkin saya takkan berhenti bermain. Ingat, 'I do everything for myself'. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.berjayaclubs.com/banang/ atau anda boleh straight away pergi ke Banang ye~