BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 18 September 2011

Bercuti di Senawang, Seremban dan Bangi, Selangor

Kita satu bangsa, kita satu negara,
Kita satu matlamat, ohh oh ohh...
Kita satu bangsa, kita satu negara,
Kita Satu Malaysia....
Salam Satu Malaysia!!!! Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-43 kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama. Alhamdulillah...pada hari Jumaat yang lepas, kita dapat menyaksikan perbarisan yang dijalankan dengan penuh gilang-gemilang di Kuala Lumpur. (saya tonton di tv jer...) Apapun, kira bertuah jugalah...sebab hari Jumaat tu dapat cuti. Cuti apa? Cuti 1Malaysia!
       Dalam kesempatan ini jugalah, saya dan keluarga telah pergi 'beraya' (selagi Syawal masih ada) ke rumah sanak-saudara. Pada petang Jumaat itu, kami telah pergi ke Senawang (dekat dengan Seremban) untuk beraya ke rumah Mak Teh. Wah! Wah! Wah! Memang best nih! (adik-beradik belah mak juga nak berkumpul di rumah Mak Teh tapi pada hari esoknya ae...(Pak Ngah je yang tak dapat datang, jangan jeles~)..Dengarnya, datuk dan nenek pun ikut sekali ni! Mesti meriah~)
Hampir tiba ke destinasi~
Ayit yang tengah bosan
Pemandangan dari dalam kereta

Nampak tak motor yang ada kat depan cermin tu?
Itulah Pak Tehnya yang sedang tunjukkan jalan ke rumah...

Bersantai di buaian yang dibuat pada pokok
mangga tepi rumah...
Kecik-kecik lagi dah main laptop. Camner bila besar nanti?
Jadi macam abang Ayitnya ae!

Tengah main buih nih!
Nurin 
Adib dan Ayit


[Maaflah...gambar tak dapat nak disusun dengan turutan yang betul (yang penting maknanya tu sampai ke lubuk kalbu)]

        Pada hari yang berikutnya pula, kami telah pergi ke Bangi, Selangor untuk berjumpa dengan keluarga Pak Andaknya di sana. Oleh sebab kami bertolak pada awal pagi, jadi sampai di rumah sana pun pagi ae. Masa tu pun dapat jumpa dengan Kak Zati yang baru balik dari Mesir, Abang Kamil yang tengah cuti semester dan Kamal (yang Kamal ni tak kisah sangat kut. Yelah, dia bukan pergi mana2. Dok rumah je...) Tuan rumah pun tak siap apa-apa lagi waktu kami dah sampai kat rumahnya~ Jadi, saya pun ajaklah mak dan Mak Su pergi jalan2. Pujuk punya pujuk....baru dapat~ Kak Jan kata kita boleh pergi jalan2 kat Mid Valley. Sambil2 tu, mak pun teringin nak KTM @ komuter di Malaysia ni. Maklumlah, orang BP. Tak pernah nampak LRT, komuter, monorel, shinkansen apatah lagi!!! (kat Jepun tu!!!(shinkansen = bullet train) )




Sebelum naik KTM, bergambar dulu. Dah tunggu sejam KTM tak sampai2 lagi nih! Jenuh tunggu deh!!!

Gembira, gembira gak. (Yelah, dapat naik KTM for the first time) Keselamatan kena jaga juga.

(Saya, Ain, Zura dan Yan)

Suasana di KTM Station bahagian UKM. Orang ramai masa ni. Terasa macam nak pergi kerja ae pulak. 

Suasana sesak di dalam KTM. Perghh!!! Lenguh kaki terpaksa berdiri di dalam tu! Dah ae terpaksa berasak-asak. Kalau tak serik juga tak tau lah. Nie baru nak pergi dari UKM ke Mid Valley. Cuba bayangkan orang yang tiap-tiap hari naik komuter ni. Tak terputus urat kontot die?!

Nasib baik masa tu kami naik koc untuk wanita saja. Tapi ada juga 'mamat' yang masuk. Takut ditinggal girlfriend ae katakan.... Pigi dahhh! Menyusahkan kaum hawa saja...!

Muka-muka setelah setengah jam dalam KTM yang sesak tu. Fuhhh....bila dapat keluar, rasa macam bebas je tau! Macam burung yang terbang di awangan. Lapang~ Baliknya nanti, kena naik KTM gak....Hmmm...
          Masa di Mid Valley, macam2 kami beli. Dari makan tengah harinya di food court (makan yong tau foo), hinggalah membeli-belah di seluruh Mid Valley. Itupun satu hari macam tak cukup je....Apapun, dapat beli buku, baju, aksesori baru pun dah kira cukup...Puas gitu!!! Masa balik tu pula hujan lebat. Perghh, lagi hebatlah perjalanan balik kami dengan naik KTM. Kejap2, terpadam je dia punya circuit KTM tu...Ingatkan ada litar pintas ke, sebab masa tu pun ada petir berdentam-dentum! Langit pun gelap! Angin kencang membuatkan saya tak dapat nak berdiri betul2 kat dalam tu...terpaksa berpaut. Nasib baik masa pergi dan balik tu, Pak Andaknya hantar dengan kereta...kalau nak harapkan saya kena naik bas, awal2 lagi dah surrender~ Cukup ae bersesak dalam KTM tu je....
        Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kak Jan (yang bawa saya pergi jalan2 ke Mid Valley menaiki KTM), keluarga Mak Su dan tak lupa juga Pak Andaknya yang menghantar sampai ke station...Ha3! Pengalaman paling bermakna dalam hidup ni tak mungkin akan saya lupakan. (Kalau ditanya sama ada saya nak naik KTM lagi atau tidak...saya akan jawab 'tak'. Cukuplah hanya sekali ni je). Sekian...

aeca zin




0 comments: