BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 27 September 2011

Rumah Terbuka SMK(P)TI @ TIGS,Batu Pahat

"Selamat Hari Raya, kepada saudara serta saudari. Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini."


           Sudah sebulan kita beraya tibalah jua Zulkaedah (harap saya betul). Kebetulan, TIGS ada nak buat Sambutan Hari Raya atau Rumah Terbuka di sekolah. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Tapi, kamera yang saya bawa ada problem sikit. Nak kena beli kamera baru ni! Hei, bazir duit lagi~
Juadah Hari Raya kelas 3 Marikh
Kek Ice-cream Secret Recipe yang dibeli E-ha   Sedap!!!
Syafawani, Ain Farhana dan Afiqah (close-camera)
Ainul dalam pertandingan 'Menganyam Ketupat'
Ni pelajar 3 Bumi ni! Everyone, Fighting!!!
NoNi cam tau-tau jer saya nak ambil gambar dia....
En. Hafiz sedang agih-agihkan daun kepada peserta.
NoNi buat ketupat apa tu? Ketupat palas ke, atau ketupat bawang???
Syafat berusaha kuat ni semata-mata nak menang~
Lepas NoNi dah siap anyam je, terus lari ke meja pengadil...dahtu, sempat lagi  ketatkan ikatan ketupatnya tu. Udah-udahlah tu Cik NoNi Oiii!!!!
Syafat, Bunny(Rabi) dan Ainul
Annisa
1Malaysia..Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera! Lambang Perpaduan Negara.
En. Faizal yang blurrr (tak tau nak buat apa...)
Di sebalik meja pengacara, munculnya......(jangan fikir lain, En. Yazid tu!)
Saya dan Ainul
Dalam dewan siap boleh bergambar lagi ye~
Sesak you tau!
En. Md. Noor guru KHku!!!
Koir TIGS
En Yazid bagi ucapan nih
Yeah, Imam Remaja TIGS. Terbaik!!! Ramai dah jadi Mumtaz nih!
Kelas saya (3 Marikh)
Gambar tak jelas sangatlah...sedih I tau!
Sepah tak??? Kami tak pernah menang anugerah kelas terbersih tau!

          Saya harap pengetua akan buat aktiviti macam ni lagi untuk tahun-tahun akan datang. Besttt! Dapatlah simpan gambar kenangan sikit. Sempena hari penutupan Raya ni, saya pun nak kosongkan balang kuih, buka langsir baru, simpan alas meja baru buat pakai tahun depan pula. Semoga saya akan dapat menulis lagi untuk Raya tahun hadapan. Jumpa lagi!

aeca zin





















Saturday, 24 September 2011

Beraya sebelum PMR ke Johor Bahru

STRESSS! STRESSS! STRESSS!!! Alamak, macam mana ni?! PMR dah nak dekat. seminggu je lagi. Struggle   Study pun tak habis lagi ni! Pening...pening...
           Dalam 2 hari ni, keluarga decide nak pergi beraya/bercuti lagi. Dapatlah release tension sikit. Asyik dok belajar je sana sini, nanti otak pun jam. Waktu camni ae sesuai pergi bersiar-siar. Maklumlah, Syawal pun masih ada...
            Hari pertama, saya dan famili pergi ke JB @ Johor Bahru, tempat Mak Su nya di Taman Seri Austin..... Yay! Dapat tengok adik sedara saya yang comel bernama Luqman Hakimi. Budak ni memang riang ae kalau jumpa. Asyik nak bercakap dan main je tak sudah-sudah. Yang penat melayannya, kita ae, sapa lagi??? Ada satu kali tu, dia keluar rumah, terpaksa berlari nak dapatkan dia. Yela....budak kan....mana tau ada kereta ke lalu kat sana, mati pulak.... Tapi, satu hal lagi, bila tengah cuba berlari nak kejar dia, fuhhh....dia bukan main suka...Makin dikejar, makin jauh pula dia pergi. Suka pulak dia, orang yang mengejar tu kepenatan deh!

Luqman pun main laptop ni...
Nasib baiklah semua ahli keluarga saya ni celik IT
Wallpaper yang comel
          Keesokkan harinya pula, kami telah pergi ke Taman Baru Kangkar Pulai....(saya pun tak tau kat mana, tapi berdekatan dengan Pontian ae) Pergi beraya rumah makcik belah mak ni.... Ingatkan dah nak habis Syawal ni, kita dah tak dapat duit raya lagi dah....tapi, alhamdulillah dapat juga RM5. Hilang penat datang dari jauh~
Signboard "BANDAR BARU KANGKAR PULAI"
           Di penghujung hari bercuti, kami sempat singgah ke MRSM BP. Saja nak jenguk-jenguk abang di asrama. Mana ae tau abang tu stress sangat ke dengan study dia. Saya sendiri pun takde ae stress sangat nak periksa ni (Periksa BESAR pulak tu!) Memang ae macam giler kalau kita tak risau pasal benda-benda ni, tapi bagi saya, walaupun tak dapat result Da'Best pun.....life must still go on ae beb! Saya harap juga supaya saya boleh masuk asrama, tapi kalau tak dapat pun nak buat macam mana... Takkan saya nak suicide plak kan??? Always BRAVE to face the world. Eh, dah macam nak berceramah pula penulis blog ni! Takpe...takpe....ni ceramah tak bertauliah..he3. Apapun, saya harap mudah-mudahan segala usaha yang telah pelajar Form 3 buat untuk PMR pada tahun 2011 ini membuahkan hasil yang terbaik untuk diri dan keluarga. Insyallah....aminNNN!
aeca zin



Sunday, 18 September 2011

Bercuti di Senawang, Seremban dan Bangi, Selangor

Kita satu bangsa, kita satu negara,
Kita satu matlamat, ohh oh ohh...
Kita satu bangsa, kita satu negara,
Kita Satu Malaysia....
Salam Satu Malaysia!!!! Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-43 kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama. Alhamdulillah...pada hari Jumaat yang lepas, kita dapat menyaksikan perbarisan yang dijalankan dengan penuh gilang-gemilang di Kuala Lumpur. (saya tonton di tv jer...) Apapun, kira bertuah jugalah...sebab hari Jumaat tu dapat cuti. Cuti apa? Cuti 1Malaysia!
       Dalam kesempatan ini jugalah, saya dan keluarga telah pergi 'beraya' (selagi Syawal masih ada) ke rumah sanak-saudara. Pada petang Jumaat itu, kami telah pergi ke Senawang (dekat dengan Seremban) untuk beraya ke rumah Mak Teh. Wah! Wah! Wah! Memang best nih! (adik-beradik belah mak juga nak berkumpul di rumah Mak Teh tapi pada hari esoknya ae...(Pak Ngah je yang tak dapat datang, jangan jeles~)..Dengarnya, datuk dan nenek pun ikut sekali ni! Mesti meriah~)
Hampir tiba ke destinasi~
Ayit yang tengah bosan
Pemandangan dari dalam kereta

Nampak tak motor yang ada kat depan cermin tu?
Itulah Pak Tehnya yang sedang tunjukkan jalan ke rumah...

Bersantai di buaian yang dibuat pada pokok
mangga tepi rumah...
Kecik-kecik lagi dah main laptop. Camner bila besar nanti?
Jadi macam abang Ayitnya ae!

Tengah main buih nih!
Nurin 
Adib dan Ayit


[Maaflah...gambar tak dapat nak disusun dengan turutan yang betul (yang penting maknanya tu sampai ke lubuk kalbu)]

        Pada hari yang berikutnya pula, kami telah pergi ke Bangi, Selangor untuk berjumpa dengan keluarga Pak Andaknya di sana. Oleh sebab kami bertolak pada awal pagi, jadi sampai di rumah sana pun pagi ae. Masa tu pun dapat jumpa dengan Kak Zati yang baru balik dari Mesir, Abang Kamil yang tengah cuti semester dan Kamal (yang Kamal ni tak kisah sangat kut. Yelah, dia bukan pergi mana2. Dok rumah je...) Tuan rumah pun tak siap apa-apa lagi waktu kami dah sampai kat rumahnya~ Jadi, saya pun ajaklah mak dan Mak Su pergi jalan2. Pujuk punya pujuk....baru dapat~ Kak Jan kata kita boleh pergi jalan2 kat Mid Valley. Sambil2 tu, mak pun teringin nak KTM @ komuter di Malaysia ni. Maklumlah, orang BP. Tak pernah nampak LRT, komuter, monorel, shinkansen apatah lagi!!! (kat Jepun tu!!!(shinkansen = bullet train) )




Sebelum naik KTM, bergambar dulu. Dah tunggu sejam KTM tak sampai2 lagi nih! Jenuh tunggu deh!!!

Gembira, gembira gak. (Yelah, dapat naik KTM for the first time) Keselamatan kena jaga juga.

(Saya, Ain, Zura dan Yan)

Suasana di KTM Station bahagian UKM. Orang ramai masa ni. Terasa macam nak pergi kerja ae pulak. 

Suasana sesak di dalam KTM. Perghh!!! Lenguh kaki terpaksa berdiri di dalam tu! Dah ae terpaksa berasak-asak. Kalau tak serik juga tak tau lah. Nie baru nak pergi dari UKM ke Mid Valley. Cuba bayangkan orang yang tiap-tiap hari naik komuter ni. Tak terputus urat kontot die?!

Nasib baik masa tu kami naik koc untuk wanita saja. Tapi ada juga 'mamat' yang masuk. Takut ditinggal girlfriend ae katakan.... Pigi dahhh! Menyusahkan kaum hawa saja...!

Muka-muka setelah setengah jam dalam KTM yang sesak tu. Fuhhh....bila dapat keluar, rasa macam bebas je tau! Macam burung yang terbang di awangan. Lapang~ Baliknya nanti, kena naik KTM gak....Hmmm...
          Masa di Mid Valley, macam2 kami beli. Dari makan tengah harinya di food court (makan yong tau foo), hinggalah membeli-belah di seluruh Mid Valley. Itupun satu hari macam tak cukup je....Apapun, dapat beli buku, baju, aksesori baru pun dah kira cukup...Puas gitu!!! Masa balik tu pula hujan lebat. Perghh, lagi hebatlah perjalanan balik kami dengan naik KTM. Kejap2, terpadam je dia punya circuit KTM tu...Ingatkan ada litar pintas ke, sebab masa tu pun ada petir berdentam-dentum! Langit pun gelap! Angin kencang membuatkan saya tak dapat nak berdiri betul2 kat dalam tu...terpaksa berpaut. Nasib baik masa pergi dan balik tu, Pak Andaknya hantar dengan kereta...kalau nak harapkan saya kena naik bas, awal2 lagi dah surrender~ Cukup ae bersesak dalam KTM tu je....
        Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kak Jan (yang bawa saya pergi jalan2 ke Mid Valley menaiki KTM), keluarga Mak Su dan tak lupa juga Pak Andaknya yang menghantar sampai ke station...Ha3! Pengalaman paling bermakna dalam hidup ni tak mungkin akan saya lupakan. (Kalau ditanya sama ada saya nak naik KTM lagi atau tidak...saya akan jawab 'tak'. Cukuplah hanya sekali ni je). Sekian...

aeca zin




Tuesday, 13 September 2011

Selamat Berhari Raya

Saya menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama di Kulai. Lepas tu, barulah balik ke kampung datuk dan nenek di Johor. Masa tu, tak ramai sangat yang balik, jadi rasa sedikit bosan ae juga.MSN Onion IconDapat makan rendang, ketupat, lemang, kuah lemak, kari sebanyak-banyaknya! Puas gitu!!! Onion IconApapun, masa raya ke-4, ramai pula saudara-mara yang balik. Dengan anak2 kecil di sana sini, macam dah nak tunggang terbalik rumah kampung tu!MSN Onion Emoticon He3....Bukan apa....MERIAH~ Biasalah, sudah lama tak berjumpa....Onion IconsOnion IconsOnion IconsOnion IconsOnion Icons

Rumah kampung saya di Johor yang sudah dihias sempena Hari Raya

Kuih Raya (beli je tahun ni, untung orang niaga~) satu kewajiban ni!



Suasana pada malam hari....(balkoni)

Saya main mercun?! Eh, salah ke? Kan best....tapi berpada-pada ae..
Jangan sampai terlontar mercun bola pulak!
Tup! Tup! Orang datang beraya kat wad karang...Sadissss~
MSN Onion Emoticons

Pak Teh dan Pak Su ae yang ajak budak2 ni main mercun....
Ish!Ish! Ish!
Onion Icons


Adib....

Lawa tak? Lawa tak? Tu saya belum keluarkan mercun buluh lagi tu.
Lagi power percikkan die~! Bergegar dunia!!!

Yang nie...(scene die camnie)
Lepas dah siap je cucuh api pada tangkai mercun tu,
terus lintang-pukang cabut lari. Hah, tau takut!

Adib dan Luqman Hakimi

Gambar ni memang tak jelas sebab guna kamera cap AYAM punya...

Nurin Adlina....

(Opps! Gambar terbalik..) Luqman Hakimi


Cantikkan??? Ingatkan nak 'lakar' ucapan Hari Raya...
Tapi apinya dah padam, so buat je ae ape yang patut~
Saya juga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada;
Keluarga tercintaOnion Icon
Mohd. Zin (bapa)
Zaililawati (mak)
Farhan (abang)
Ayit(adik)

Saudara-maraOnion Icons
(sebelah bapa)
Pak Long sekeluarga (Mak Long dan Hanis)
Pak Ngah sekeluarga (Mak Ngah dan anak2 yang berada di Johor)
Mak Uda (Pak Uda, Kak Naemah, Abang Ijjat dan Kak Jan)
Mak Andak (Pak Andak, Kak Zati di Mesir, Abang Kamil dan Kamal)
Mak Usu (Pak Usu, Ain dan Yan)
(sebelah mak)
Pak Ngah sekeluarga (Mak Ngah, Syakira, Kharazi dan Fansuri)
Mak Uda sekeluarga (Pak Uda, Siti dan Husnah)
Mak Teh sekeluarga (Pak Teh, Nurin dan Adib)
Janjang sekeluarga (Mak Anjang dan Wawa)
Mak Su sekeluarga (Pak Su dan Luqman)

Rakan dan TaulanOnion Emoticons
Ainul, Afiqah (P-kun~), Hazirah, Asheela, Ain Farhana, Ain Johan, Radin, Ain Kadir, Syazwani (Wanie), Zati, Safawati, Fiqa Kadir, Nanad Mokhtar, Nadiah Joe (Nadi), Nasrin, Jasmin, Syera Omar (SO), Lina, Syahnadz (Jaja), Fariha (E-ha), Syafawani, Farahi, Syafat, Iza, Hijrah, Rabi, Nadirah, Fathiah, Mardiah, Noreen (NoNi), Lilis, Ira (Put3), Sue, Utin, Shahida Azwa (WaWa), Dayu, Noona, Munirah (Muni), Madihah, Fatin Zawani, K-run Nasuha, Norida, Liyana Luqman, Azri, Hakim, Nasri, Hafiz, Wazif, Daing (DG), Irsyad, Syamim, Rafi, Azaherry, Ammar, Syazwan, Aqmal, Aizat, Ameer, Yasin, Danish, Mirul dan sebagainya...(x ingat sangat ae~)

Guru BerjasaMSN Onion Emoticons
Pn Hjh Sa'ah(Guru Besar SKB), Pn Junaidah(Guru BM), Pn Hamimah(Guru BI), Pn Rozila(Guru MATH), En Selamat(Guru BM), En Yasin(Guru AG), Cik Rahina(Guru SN), Ustazah Juwariah(Guru AG), Ustazah Huzaifah(Guru AG), Pn Remi(Pengetua TIGS), Pn Rateni(Guru BM), Pn Rashidah(Guru BM & SEJ), Pn Nilam Syarina(Guru MATH), Pn Siti Mahawa(Guru GEO), Pn Patmawati, Pn Hamimah(Guru KH), Pn Rohaya(Guru BI), Pn Rosemawati(Guru AG), Pn Shahrul(Guru SV), Cik Irrina(Guru SN), Cik Haslina(Guru SEJ), Cik Haslinda(Guru PJ), En Razak(Guru SN), En Md Noor Suhaimi(Guru KH), En Yahya(Guru ICT) dan sebagainya...

Terima kasih kerana sudi menyokong saya hingga ke hari ini.MSN Onion Icons Semoga ikatan ukhwah dan silaturrahim antara kita tidak akan terputus malah bertambah erat lagi.Onion Icons Maaf dipinta Jasa diminta....Onion Iconssekian

aeca zin